Haa.. sebagaimana namanya ‘kayu manis’, herba ajaib ini menurut petua orang lama, boleh melambatkan proses penuaan. Dan, anda tampak lebih ‘manis’ dipandang…
Petua awet muda
Sediakan satu sudu serbuk kayu manis, 4 sudu madu (pastikan yang asli) dan
3 cawan air. Rebus bahan-bahan tersebut hingga sekata dan sebati. Amalkan minum air rebusan itu setengah cawan 3 kali sehari, sebaiknya selepas makan – pagi, tengahari dan malam. Air rebusan itu dikatakan dapat menyegarkan dan memberi tenaga baru kepada tubuh. Ia juga melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.
Satu lagi petua awet muda… amalkan juga petua ini untuk elak kedut.
Setiap 2 atau 3 hari (seeloknya setiap hari) cuba amalkan membasuh muka dengan air kelapa. Insya-Allah, cara ini juga dikatakan mampu melambatkan penuaan dengan mengelakkan wajah anda cepat berkedut.
Jika ada masa, contohnya pada hari minggu atau hari cuti, perelokkan lagi dengan amalan ini. Simpan air kelapa selama satu malam. Esoknya, sapukan air kelapa tersebut ke wajah anda sambil berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan biarkan selama lebih kurang sejam, barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah, wajah akan tampak lebih berseri.




No comments:
Post a Comment