-->

Saja Suka Suki

Friday, 7 March 2014

Tips: Kecantikan Soo Winci

Macam2 petua kecantikkan dan kelangsingan badan seperti selebriti kesayangan anda. Kali ini saya nak berkongsi rahsia kecantikkan  Soo Wincci. Mungkin ramai yang tidak tahu Soo Wincci juga mengalami masalah berat badan sewaktu zaman remajanya. Jom kita mengetahui rahsia kecantikkan Soo Wincci.



PROFIL 

Nama Komersil : Soo Wincci
Asal : Kuala Lumpur
Kerjaya : Penyanyi, Komposer, Pelakon, Pengacara, Model.

Wajah Miss World Malaysia yang ke-41 ini tidak lagi asing di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Semenjak menyertai MasterChef Selebriti musim pertama, nama wanita berusia 28 tahun ini terus mendapat tempat bukan sahaja bagi masyarakat Cina, bahkan masyarakat Melayu. Malah, kerana bakat dan kecantikan dimilikinya, Wincci turut menjadi dambaan peminat di Taiwan yang begitu memujanya. Ikuti rahsia Wincci menjaga kecantikan kulit dan mengekalkan kelangsingan tubuh badannya.

Boleh kongsikan rahsia kecantikan anda?

WINCCI : Saya adalah duta produk penjagaan kulit dan kesihatan AVON. Mereka melantik saya setahun selepas dinobatkan sebagai Miss World Malaysia
Saya diibaratkan seperti 'tikus putih' yang harus mencuba kesemua produk kulit dan kesihatan sebelum ia dipasarkan. Bagi saya inilah rahsianya kerana saya mendapat produk yang sangat bermutu tinggi dan berkualiti.

Apakah produk penjagaan kulit yang anda amalkan?

WINCCI : Saya menggunakan rangkaian produk Anew Reversalist dan Anew Clinical Pro Liner Eraser with AF33. Saya juga mengamalkan minuman kolagen AVON. Sudah empat tahun saya setia dengan produk ini. Selain bagus untuk kulit, kolagen juga mampu membentuk tubuh cantik menawan. Saya biasanya mengambil minuman kolagen sebelum saya workout.

Selain pemakaian produk, apa lagi yang anda amalkan untuk kulit?

WINCCI : Saya seorang yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat.Saya mengutamakan buah-buahan kerana khasiatnya sudah lama diketahui dalam mengekalkan keremajaan kulit dan kecantikan tubuh. Selain itu saya juga mengambil vitamin C.

Adakah anda mempunyai rutin tertentu untuk mengekalkan 
kelangsingan tubuh?

WINCCI : Sudah semestinya! Saya tidak dilahirkan terus cantik seperti ini. 
Saya juga ada kisah silam yang sukar kerana dahulu saya bertubuh gempal 
dan kerap dibuli. Balik sekolah saya mesti menangis tetapi apabila 
meningkat dewasa, kekurangan bertubuh besar dan tinggi saya lihat 
sebagai satu peluang. Jadi saya gunakan kekurangan itu untuk 
meningkatkan potensi diri. Saya juga mengurangkan pengambilan daging 
dan karbohidrat serta melebihkan pengambil buah-buahan dan susu.

Tentu ada hari-hari anda 'terlebih makan', jadi bagaimana cara
 anda mengatasinya?

WINCCI : Saya ada resipi detoks sendiri. Biasanya saya akan kisar buah 
epal, oren, limau dan dua buah kegemaran sehingga menjadi air satu liter. 
Saya akan ulang minum jus ini sampailah habis. Selain itu, saya juga suka
 berpuasa dan sudah dua tahun saya berpuasa penuh.

Selain menjaga tubuh dengan pemakanan, adakah anda bersenam?

WINCCI : Tentu sekali! Saya akan luangkan masa sebanyak tiga hingga 
empat kali seminggu untuk bersenam. Saya lebih suka bersenam di gimnasium kerana saya suka melakukan regangan.

Apa pesanan anda untuk pembaca?

WINCCI : Dunia ini tidak ada wanita hodoh, yang ada cumalah wanita malas. 
Saya tidak dilahirkan terus cantik dan cerdik tetapi saya berusaha untuk
dapatkannya. Kalau saya boleh kenapa anda tidak? Usah takut dengan  cabaran dan rancang kehidupan ke arah yang lebih baik.

Petua Penjagaan Wajah yang diamalkan oleh Wincci:

1. Oat dan Lemon digunakan sebagai bahan sental kerana ia membantu  mengecilkan liang roma selain membantu memutihkan kulit.

2. Bagi menghilangkan bekas jerawat dan jeragat sile gune kulit pisang.

3. Pisang yang dilenyek dengan madu elok dijadikan topeng penyegar wajah.
4. Untuk kesihatan rambut, Wincci mengamalkan menyapu campuran 
putih telur dengan minyak zaitun.

5. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal Wincci mengamalkan 
mengambil jus nyahtoksin campuran sayur-sayuran dan  buah buahan 
yang dibuat sendiri.
Posted by Unknown at 19:46
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

First Of All ^^

Assalamualaikum...
Hye all, how are you today? I hope you are in the pink.
Thanks for visiting my blog. So, I hope you are happy with what I have to share. ^^ 3

My Important Date

24 January 1999
14 August 1976
12 July 1973
14 March 1998 (Anvsry M&D)
20 January 2004
10 April 2006
05 October 2013 (I.K)


Instagram

cute

Your browser does not support the audio tag. Yellow Cat Pointer
get this widget here



Lady Bug Note Generators

Blog Story Morry ^^

  • ▼  2014 (70)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (11)
    • ▼  March (10)
      • Bosan la...
      • Story Of My Friendzzz
      • My Cousin Story.
      • Mengapa? Cinta Datang Terlambat?
      • Be Strong Enough
      • Serabut la
      • Tips: Kecantikan Soo Winci
      • Lawatan Ke HKK,KL
      • Di Pukau
      • Yeahhh.. sampai Melaka Sudah..
    • ►  February (7)
    • ►  January (33)

Stalk This Bloggers ^^

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
    1 year ago
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    6 years ago
  • From the bottom of my heart
    Hello world!
    6 years ago
  • Budak Lelaki Sebelah Pintu
    Senarai Peserta Gegar Vaganza 2019 Musim Ke-6
    6 years ago
  • Aina Azhari
    you don't know
    7 years ago
  • SenYum iTu SedeKah
    Anak kandung suluh budiman
    9 years ago
  • Alia Eyra :)
    two tutorials at one time!
    11 years ago
  • widget comel untuk blog anda! ^___^
    MY MOOD'S NOTE
    11 years ago
  • DANIEL ADIE
    Soalnya HATI
    11 years ago
  • Sembang Panas
    GEMPAR ! Penumpang MH370 Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia?
    11 years ago
  • ...SATU DESTINASI
    I love rainy days, with a blanket and a cup of tea and a book
    12 years ago
  • free widget for blogger ;)
    TIK TOK - Zizan Raja Lawak
    12 years ago
  • Tutorial Bina Blog
    Freebies Muslimah
    13 years ago
  • Y E O L O
  • Oh! Artis | Diari Anak Seni Malaysia

Miss. Land

Unknown
View my complete profile

Winter Snow Card Comments
Theme images by latex. Powered by Blogger.