Hidup ini tidak akan pernah terlepas daripada STRESS bukan? Ada saja yang membuatkan diri merasa seperti runsing yang terlampau. Kekadang ada yang melepaskan Stress mereka dengan menangis contohnya jika gagal dalam exam (for student la),tambahan pula mereka yang memang sudah target keputusan mereka tetapi tidak dapat keputusan yang diinginkan. Hal ini akan menyebabkan ramai di kalangan pelajar yang berputus-asa dengan diri sendiri,walaupun tidak semua namun perasaan tertekan, dan serta-merta akan merasa tidak yakin diri akan muncul tanpa atau kita sedari.
Selain daripada Stress dengan kegagalan di dalam pencapaian akademik, kegagalan dalam percintaan yang sudah beberapa kali juga akan mendatangkan rasa kurang tenang di dalam diri. Mana tidaknya, sudah banyak kali memulakan percintaan namun diakhiri dengan perpisahan yang mana mungkin dari kesalahan diri sendiri ataupun dari diri pasangan tersebut. Keadaan ini banyak terjadi di kalangan remaja yang makin meningkat dewasa. Perasaan sedih di atas perpisahan yang terjadi akan serta-merta menjadikan diri anda tertekan kerana tidak tahu bagaimana cara untuk mengawal diri daripada perasaan itu. Hal ini kebanyakannya terjadi kepada kaum wanita, namun tidak kurang juga dengan kaum lelaki.
Seterusnya, perasaan yang tidak terkawal akibat terlalu banyak benda yang harus diselesaikan dalam satu waktu yang sama turut akan mengundang Stress kepada individu tersebut. Perkara ini akan menjadikan fikiran seseorang individu itu bercelaru untuk memikirkan banyak perkara dalam waktu yang sama dan kian suntuk. Maka penyelesaian yang dilakukan oleh individu tersebut adalah hanya menangis dan mungkin merasa tidak tenang.
Akhir sekali, di dalam kehidupan banyak perkara yang akan membuatkan diri merasa tertekan, mungkin juga dengan keadaan sekeliling yang terlalu bising sehingga menganggu 'privacy' kita sendiri. Jadi kesimpulan di sini iailah, kebanyakkan mereka menyelesaikan masalah Stress dengan menangis sehingga setiap hari. Namun selain daripada menangis,sebenarnya ketawa juga boleh membantu melegakan stress yang kita hadapi. Tetapi bukan ketawa yang 'berdekah-dekah' sehinggakan menganggu orang lain,tetapi hanya ketawa kecil,cukuplah hanya kita sahaja yang mendengar dan dapat melegakan tekanan yang makin meningkat. Selain daripada itu, berfikiran positif juga akan menggalakkn kita lebih yakin diri sendiri.
Contohnya jika anda putus cinta anda boleh berkata pada diri sendiri 'mungkin ada yang lebih THE BEST then diri dia' ataupun yang gagal dalam exam 'kali ini aku gagal,tetapi tidak bermakna aku akan gagal pada masa hadapan sekiranya aku berusaha dengan lebih gigih' betul bukan? Jadi jika anda stress cuba amalkan amalan senyum secara kadar sederhana iaitu hanya cukup sekadar menghiburkan diri sendiri.




No comments:
Post a Comment