I WISH I WILL BE STRONG LIKE HIM AND THEN BE AS SUCCESS AS HIM.
Thursday, 19 June 2014
New Experiences
Hari ini Natt berpeluang mengikuti ceramah motivasi di Life College di Ara Damansara oleh YM Raja Shamri bin Raja Husin iaitu Pakar Motivasi dan juga Pengurus Petronas dan Maybank. Beliau merupakan seorang hamba Allah yang sangat tabah melalui pelbagai dugaan dengan sabar dan redha dalam keadaan beliau yang tidak mempunyai sebelah kaki dan cacat dripada awal kelhiran beliau.YM Raja Shamri merupakan anak seorang penoreh getah yang miskin tetapi sentiasa bersyukur dengan kurniaan yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada mereka sekeluarga. Beliau mempunyai personaliti yang amat Natt kagumi. Beliau berasal daripada Pasir Puteh,Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SEK.REN.KEB.RAJA dan selanjutnya menyambung pegajiannya di Sekolah Sains kemudian berpindah ke sekolah menegah biasa kerana masalah kesihatan dan seterusnya melanjutkan pengajian ke MRSM ketika beliau berusia 16 tahun kemudian terus ke sebuah Universiti di USA selama 4 tahun. Setelah jemu menghabiskan masa belajar di sana beliau menyambung kerier beliau sebagai seorang pekerja biasa dan mendapat kepercayaan yang amat tinggi sehinggakan beliau dilantik menjadi Pengurus di situ. Setelah pelbagai halangan yang menimpa YM Raja Shamri beliau membuat keputusan untuk berhenti bekerja dan menyambung semula pengajiannya di UiTM Shah Alam untuk mengambil Phd kali yang kedua. Dugaan yang ditempuhi beliau amat memberikan kesan yang amat mendalam dalam diri Natt dan semua pelajar SMK Subang yang hadir pada hari ini. Pelbagai kesusahan yang diharunginya menjadikan kami semua ingin terus untuk sentiasa bersyukur. Kesimpulannya, ceramah motivasi yang diberikan oleh YM Raja Shamri bin Raja Husin atau nama panggilannya "Abang Raja" meninggalkan impak yang besar kepada kami smua pada hari ini. Natt rasa dalam banyak2 motivasi yang telah Natt dengar, motivasi inilah yang paling AWESOME n sangat menyentuh perasaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment