1. Teh Hijau
-> Teh hijau mempunyai fungsi unik untuk menguraikan lemak. Teh hijau juga tidak mengandungi gula, tidak berlemak dan merupakan minuman berkalori rendah tetapi jangan minum secara berlebihan pula!
Cara minum- Rendamkan daun teh dalam air panas dan minum perlahan-lahan.
Minim empat gelas teh hijau setiap hari elok untuk badan terutamanya sebelum bersenam boleh mempercepatkan metabolisme dan pembakaran lemak. Selain itu, serbuk teh ditambah pada makanan juga boleh mengurangkan enapan lemak.
2. Kacang Hitam Cuka
-> Kacang hitam cuka dapat membersihkan kotoran dalam badan , merangsang sistem pencernaan dan amat berkesan merawat sembelit.
Ia dapat sambutan kerana merupakan makanan berkhasiat bagi melegakan keletihan.
Cara Makan- Makan beberapa biji selepas makan
Mula-mula letak segelas kacang hitam ke dalam botol bertutup. Tambah lebih kurang tiga gelas cuka sehingga semua kacang terendam. Selepas itu, simpan dalam peti sejuk selama satu minggu. Apabila semua kacang itu mengembang, makan 5 hingga 10 biji 30 minit selepas makan.
3. Kubis
-> Kubis kaya dengan vitamin dan kalsium, berkalori rendah dan merupakan makanan terbaik untuk kuruskan badan. Selain itu, ia mengandungi banyak serat dan mengenyangkan. Kubis juga dapat membersihkan usus dan membantu melegakan sembelit.
Cara makan- Makan kubis dan nasi dalam setiap hidangan
Hiris kubis dan campur dengan cuka epal atau kicap untuk menghasilkan salad. Makanlah bersama nasi.




No comments:
Post a Comment