8 Jangan Lakukan Sebelum Tidur
Adakah anda merasakan tidur anda selama ini berkualiti? Tidur yang lena seketika pun berkualili kerana anda terlalu penat dengan kerja-kerja harian. Sukar tidur juga mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang TIDAK BOLEH anda lakukan sebelum tidur.
1. Senaman
* Senaman adalah aktiviti yang sangat baik untuk kesihatan dan boleh membantu mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik. Masalahnya, senaman tiga jam sebelum tidur dapat meningkatkan suhu badan yang membuatkan badan anda cepat berpeluh dan menyulitkan lagi untuk tidur.
* Lebih baik anda lakukan senaman pada waktu pagi.
2. Menonton Televisyen @ Komputer
*Penelitian menunjukkan bahawa radias sinaran televisyen atau komputer dapat mempengaruhi kemampuan badan untuk tidur. Cahaya dari televisyen atau komputer dapat melambatkan perkembangan melatonin (hormon yang membuatkan anda ingin tidur).
* Matikan televisyen dan komputer satu jam lebih awal sebelum anda tidur
3.Mandi Dengan Air Suam
* Mandi dengan air suam boleh membantu anda pada waktu yang tepat. Begitu juga apabila anda bagi dengan air suam, pastikan suhu air tidak terlalu panas. Ini kerana, air yang terlalu panas akan membuatkan kulit anda berpeluh dan susah untuk tidur.
* Jadi sebelum tidur pastikan badan anda kembali kepada suhu yang normal.
4. Terlalu Banyak Minum
*Pengambilan kafein sudah tentu merosakkan tidur anda. Terlalu banyak minum sehinnga beberapa gelas dalam sehari ataupun sebelum tidur dapat mengganggu tudur anda. Anda juga akan kerap bangun pada tengah malam untuk ke tandas.
5. Kerjaya
*Jangan bawa kerja-kerja di pejabat balik rumah. ebaliknya, selesaikan tugas-tugas anda di pejabat keesokkan harinya. Badan anda juga memerlukan masa yang cukup untuk berehat. Jika nada terus-menerus memberikan tumpuan kepada kerja anda sehingga larut malam, ia merangsang otak dan membuatkan anda stres. Seterusnya dapat menjejaskan kualiti tidur anda.
6. Membaca Buku
* Hati-hati bagi anda yang suka membaca buku pada waktu malam. Membaca buku atau novel membuatkan anda leka tanpa disedari. Keadaan inilah yang menjadi faktor tidur anda tidak berkualiti. Anda terus membelek dari satu halaman ke halaman tanpa menyedari masa sudah menginjak ke pagi.
* Jadi baik anda hentikan kebiassan buruk ini.
7. Tidur Dengan Binatang Peliharaan
* Bagi yang sudah tidur dengan binatang kesayangan begitu menyenangkan. Namun, anda perlu ingat yang tabiat tidur dengan binatang kesayangan boleh menjejaskan kualiti tidur. Ini kerana binatang ini boleh mengigit atau mengganggu anda. Malah, ia juga boleh memberi kesan buruk pada kesihatan anda.
8. Bertengkar
* Bertengkar atau berselisih faham dengan pasangan boleh menjejaskan kualiti tidur pastinya anda dihantui perasaan yang tidak menyenangkan kerana anda memikirkan hal tersebut sepanjang malam.
* Adalah lebih baik anda selesaikan masalah ini terlebih dahulu sebelum anda tidur. Mungkin ini boleh memberi perasaan tenang dan lebih segar apabila bangun keesokkan harinya.




No comments:
Post a Comment