Cara Semula Jadi Atasi Masalah Mata Sembap
Aduh! boleh mati mood bila menghadapi masalah mata sembap. Apatah lagi dengan lingkaran gelap bawah mata. Wajah tampak seperti seekor musang. Namun usah panik kerana terdapat beberapa cara semula jadi atasi masalah mata sembap yang boleh anda lakukan bagi mengatasi sembap mata yang keterlaluan itu. Ikuti rencana Tip dan Cara Kecantikan kali ini untuk menyelesaikan masalahmu itu!
1. Gunakan Uncang Teh
Ambil dua uncang teh dan rendam di dalam air sejuk. Letakkan di dalam peti sejuk (bahagian sejuk beku) untuk 10-15 minit. Kluarkan teh uncang dan letakkan pada kedua-dua mata anda. Pastikan anda berbaring dengan bantal yang ditinggikan sedikit untuk keselesaan. Biarkan selama 20 minit untuk merasai kesannya. Mata anda lebih segar dan bertenaga.
2. Ketulan Ais Pun Boleh.
Selain uncang teh,ais juga membantu mengembalikan kesegaran mata anda. Ambil ais dan hancurkannya. Letakkan di dalam plastik kecil sebelum dibalut dengan tuala. Kedapkan tuala pada kedua belah mata dan bairkan selama 10 minit
3. Ambil Minuman Berais
Minuman ais memang tidak baik untuk diamalkan secara kerap. Namun untuk menyelesaikan masalah mata sembap, ia dapat membantu. Untuk pengetahuan anda, minuman panas akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembekakan lebih ketara. Sebab itulah anad digalakkan untuk mengambil minuman berais sepanjang tempoh mata anda bengkak keterlaluan
4. Jangan Mandi Air Panas
Biarpun mandi air panas dapat memberikan kesegaran pada tubuh, tetapi ia tidak membantu mengatasi masalah mata sembap mata. Elakkan mandi dengan air panas kerana ini akan menyebabkan bengkak lebih jelas. Menurut ahli dermatologi New York dan Miami, Fredric Brandt, air panas mengembangkan salur darah. Inilah menjadi punca mengapa mata yang sedia lembap akan menjadi lebih bengkak.
5. Urutan
Berurut dapat mengurangkan masalah ini. Urut perlahan-lahan kulit wajah anda dengan gerakan membulat. Mulakan urutan daripada bahagian hidung dan pipi dan bawa pada sekitar urutan ini sebnyak 5 kali. Ia bagi membantu untuk menolak bendalir yang dihasilkan oleh tisu agar mengalir dengan lancar.
6. Pilih Produk Berkualiti
Gunakan krim mata yang tidak mengandungi asid hyaluronik. Bahan ini akan mengikat air pada kulit seterusnya menyebabkan kawasan mata lebih membengkak. Selagi masalah sembap mata anda tidak berkurang, jangan sesekali menggunakan produk enjagaan wajah yang mengandungi bahan pengelupasan seperti asid alfa hidroksi (seperti asid glikolik atau asid laktid,) dan asid salisilik dan retinoid




No comments:
Post a Comment