Di petik daripada Komik Pendidikan Remaja Dari Korea
"Gaya Hidup Sihat Si Cilik"
Usaha tidak henti-henti namun berat badan tetap sama. Kita kenalah ikuti cara kuruskan badan dengan betul, barulah berjaya. Mari kita amalkan tip di bawah untuk mendapat kesan terbaik.
1.Gaya Hidup
i. Pilih senaman bersesuaian untuk diri kita
-> berkasut roda, berjoging dan menunggang basikal mampu membakar lemak atas badan, manakala mengurut kaki melancarkan aliran darah bahagian bawah badan. Namun kaedah ini sebenarnya sesuai untuk seluruh badan.
ii. Aerobik
-> melakukan aerobik adalah cara terbaik untuk kecergasan dan kesihatan badan. Bukan sahaja membakar lemak, malah meningkatkan kadar pernafasan dan pertambahan oksigen. Aktiviti aerobik termasuklah berjalan, berjoging, berenang, menunggang basikal, lompatan tali, bermain tenis, skuasy, dan badminton. Namun orang yang terlalu gempal perlu mengelakkan senaman yang keterlaluan agar tidak mencederakan sendi atau otot badan.
iii. Cukup Tidur
-> Tidur yang mencukupi boleh mengurangkan keletihan. Kita perlu tidur sebelum pukul 11 malam dan kekalkan 7 hingga 8 jam setiap hari.
2. Tabiat Pemakanan Boleh Kekalkan Kelangsingan.
i. Jangan Berlapar.
-> banyakkan makanan berkalori rendah, amalan diet dengan hanya berlapar boleh merosakkan tubuh badan kita. Makanan seperti sayur-sayuran bukan sahaja berkalori rendah malah menyihatkan.
ii. Masa makan sekurang-kurangnya 20 minit ke atas
-> Otak kita memerlukan sedikit masa untuk merekod sama ada sudah kenyang atau belum. Ini bermakna, makan dengan pantas menyebabkan kita mengambil makanan lebih daripada keperluan.
iii. Tidak boleh minum sebelum makan atau selepas makan.
-> Air tidak berkalori boleh membantu penyahtoksikan badan. Oleh Itu, kita terlalu banyak minum air dalam kehidupan seharian. Namun jika minum banyak air sebelum atau selepas makan, kandungan gula dalam badan akan meningkat dan gula berlebihan akan bertukar menjadi lemak. Jadi elakkan minum air 30 minit sebelum dan selepas makan.
3. Kaedah Salah Turunkan Berat Badan
i. Makanan terlalu rendah kalori.
-> Orang dewasa memerlukan 2000 (perempuan) hingga 2500 (lelaki) kalori setiap hari manakala kanak-kanak pula antara 600 hingga 1800 kalori mengikut usia. Walaupun dengan mengurangkan pengambilan kalori dapat menurunkan berat badan, tetapi boleh menyebabkan ketidakseimbangan mutrien badan.
ii. Sauna
-> Sauna boleh mengurangkan berat dengan mengeluarkan toksik dari badan melalui peluh. Namun cara paling berkesan mengurangkan berat ialah bersenam. Sauna juga ada menfaatnya tetapi tidak efektif untuk mengurangkan berat badan.
iii. Ubat kuruskan badan.
-> Ubat kurus kebanyakkanya tidak diuji keselamatan dan kemungkinan membawa implikasi negatif jika dimakan




No comments:
Post a Comment